Tuesday, March 11, 2014

sikap.asas.manusia.

waktu kita ada,
menghulurkan tangan untuk membantu,
waktu itu la kita dipandang remeh.
kita tidak dipedulikan,
dibiarkan begitu saja.

waktu kita berpaling pergi,
waktu itulah semua mula mencanang mulut.
semua mula bertanya,
kenapa tak membantu,
kenapa tak mahu menolong.

waktu kita sudah tiada,
baru la mereka perasan akan ketidakwujudan,
mula bising akan ketidakhadiran,
tidak sedarkah apa yang berlaku selama ini?
baru sekarang mata terbuka?

mungkin ada juga yang berkata,
mereka sudah sedar,bantulah sahaja.

tetapi kepada kamu yang berkata,
adakah kamu juga sedar,
tak kan asyik ikut mereka?
ikut perasaan mereka sahaja?
mereka sudah menggunakan hak sesuka hati mereka,
bila giliran kita?

setiap orang ade peluang masing-masing,
pintu peluang tidak terbuka sepanjang masa.
kamu perlu sedar,
mereka sudah ade peluang mereka.
kenapa perlu diberi peluang berulang kali?
kalau peluang yang pertama sudah dicampak ketepi?
sekarang mereka ingin menggunakan kuasa authority?
jangan anggap mereka di atas sahaja betul,
kalau begitu apa guna demokrasi?
apa guna fikiran yang diberi?
gunalah akal fikiran untuk menilai,
asah,
sebelum akal sendiri tumpul,
dan ditindas berkali-kali.