Friday, June 29, 2012

.revelation.

mungkin kerambangan hidupku menjadi punca.
atau mungkin personaliti diriku yang mempengaruhi.
atau mungkin faktor persekitaran dan juga jarak antara kita yang membezakan.

ini ku katakan di sini,
walau apapun yang berlaku,
diriku tetap sama.
aku tetap aku.
kamu tetap kamu.
hati kita tetap bersama.

aku mungkin tampak tidak peduli
tetapi hakikatnya,
aku sangat merindui.
mungkin ego lelaki
untuk tampak gagah dan kuat
namun saban hari,
aku tetap menangis di dalam hati dan mimpi.

tidak kira siapa peneman ku disini,
tidak kira berapa ramai pun orang yang menemani
aku tetap memikirkan dirimu di dalam hati.

ketahui lah,
namamu bertakhta di hati.

akan ku cuba merubah diri,
tetapi perubahan,
tidak boleh terjadi dengan pejam celik sekali.

simpan la di dalam hati.
engkau tetap permaisuri
kerajaan kehidupan ku ini.

Sunday, June 17, 2012

.harapan.


xnak berharap lebih2.
nak ni je dulu.walaupun bnyak lagi yg lagi best memukau mata.
ni je la kowt yang mampu tuk di idamkan.
tpi kan, persoalan paling besar muncul dalam kpale.
MANE NAK CEKAU DUIT NI!!

Wednesday, June 13, 2012

rambang

You, made me happy
And cure the scars of my heart.
Now, you've become the light of my life
And filling it with joy and laughter.

I am really grateful because I met you.

Life have been better.
Out of nothing, you put a real smile on my face.
Voluntarily, you've become the spice of my life
Even though not much that i can give in return.

You have been the
One who change and cure me.
Unexpectedly, I am now, fond of you.

Wednesday, June 6, 2012

khas buat mu,sahabat ku.

post kali ini bukan nak memancing simpati, atau berniat apa-apa. hanya ini menengahkan, seorang sahabat yang tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan. untuk dijadikan contoh dan juga peringatan kepada diri. bahawa dalam kesusahan, masih ada lagi orang yang menempuhi pelbagai dugaan.

Dalam tekanan menghadapi exam,
diri ini menemui kekecewaan, perasaan hampa dan penyesalan menguasai diri.
Perasaan bercelaru dan menyerabutkan minda.
dalam masa ini, diri ini menerima berita akan seorang sahabat.

Sahabat ini ku kenal dari zaman persekolahan.
Sejak form 1 ku mengenali namanya, namun diriku ini betul-betul mengenalinya sejak form 4.
Dalam keserabutan dan kecelaruan, minda ku berfikir sejenak.

Semasa SPM, dirimu lebih serabut dari ku.
emosi mu lebih terganggu dari diriku ini sekarang.
Semasa SPM engkau terganggu akan kehilangan ibumu,
namun, walaupun dugaan itu sangat besar dan sangat menduga emosi manusia,
dapat kau harung dengan gigih.
jika dugaan itu menimpa ku, aku pasti tidak mampu ku harunginya.
Walaupun sebesar dugaan itu sahabat, masih mampu engaku mencapai kejayaan.
masih mampu kau untuk mencipta nama, masih mampu dirimu untuk menggenggam kejayaan.
dan kini, dugaan yang besar sekali lagi menimpa dirimu.
dalam musim peperiksaan, sekali lagi dirimu kehilangan,
kehilangan insan bergelar bapa.
jika dibandingkan dengan dugaan yang menimpa diriku ini,
perbandingannya bagaikan gajah dengan semut.
diri ku yakin dan pasti,
engkau tetap tabah dan cekal dalam menempuhi dugaan yang menimpa mu.
keadaan dirimu,menjadi inspirasi bagi ku sahabat.untuk terus tabah dan cekal dalam menempuhi kehidupan.
kerana dugaan yang menimpa ku,hanya sebesar semut yang tidak layak dibandingkan dengan dugaan yang menimpa dirimu.
aku katakan pada diri, "engkau lebih tabah mengharungi diri, mengapa dugaan sekecil ini boleh membuatkan ku putus asa?"
dugaan mu sangat-sangat besar. Kini dirimu dilimpahi pelbagai tanggungjawab. Engkau anak sulung, dan kini mengambil tugas sebagai ketua keluarga, untuk membimbing adik-adik mu.Pelbagai lagi tanggungjawab mu sahabat. sebagai seorang pelajar, sebagai seorang muslim, sebagai seorang insan.

jika engkau membaca ini, ini ku ucapkan ribuan terima kasih kepadamu sahabatku.
kehadiran mu menyedarkan diri ku ini akan hakikat kehidupan.
halangan dan rintangan sentiasa wujud dalam dunia ini.
terima kasih, kerana kehadiran mu menydarkan ku supaya lebih tabah dan lebih positif.
terima kasih sahabat kerana membantuku untuk kembali cekal berdiri teguh di bumi ini.

sahabat,
aku tau engkau tabah,
aku tau engkau cekal
aku tau engkau kuat.
ingin aku katakan kepadamu sahabat, jangan engkau simpan semuanya seorang diri.
sematkan di dalam dirimu, susah mana dugaan menimpa, meranti akan sentiasa  kekal di sisi. kekal berdiri bersama mu, dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.

khas buatmu, sahabatku.