Hati dan perasaan merupakan hak milik setiap insan. Bukan untuk dipinjam dan dicuri tetapi khas untuk dikongsi dan dinikmati bersama.
Hati dan perasaan menjadi kunci mencapai kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan. Hati yang bahagia akan melahirkan kegembiraan di dalam hati. Apabila kegembiraan tercipta,maka hari yang dilalui akan ceria dan bahagia.
Dalam membina hati yang bahagia, kepercayaan merupakan aspek yang penting untuk dipelihara. Sahabat dan teman akan mempengaruhi kepercayaan untuk membina hati yang bahagia.
Hati yang kecil akan senang teras dan mengecil apabila perasaan mula terusik dan terguris.
Tatkala bulan mengambang,menghiasi langit malam,menggantikan sinar mentari,itulah saatnya hatiku mula dicuri orang. Oleh senyuman dan gelak tawa dirinya. Hati pergi meninggalkan ku terpinga-pinga apabila dicuri dan ingin dikongsi bersama.Perasaan mula terumbang-ambing dan mula bergoyang,
Saya.tuan punya hati.
Hati.inginkan dikongsi bersama.
Awak.tidak mengetahui perasaan saya.
patutkah perasaan ini diluahkan supaya tidak meyeksa hati?
tetapi saya tidak ingin merosakkan persahabatan yang terbina sekiranya hati awak bukan untuk dikongsi bersama saya.
Saya tidak mahu kecewa.
No comments:
Post a Comment