Friday, June 29, 2012

.revelation.

mungkin kerambangan hidupku menjadi punca.
atau mungkin personaliti diriku yang mempengaruhi.
atau mungkin faktor persekitaran dan juga jarak antara kita yang membezakan.

ini ku katakan di sini,
walau apapun yang berlaku,
diriku tetap sama.
aku tetap aku.
kamu tetap kamu.
hati kita tetap bersama.

aku mungkin tampak tidak peduli
tetapi hakikatnya,
aku sangat merindui.
mungkin ego lelaki
untuk tampak gagah dan kuat
namun saban hari,
aku tetap menangis di dalam hati dan mimpi.

tidak kira siapa peneman ku disini,
tidak kira berapa ramai pun orang yang menemani
aku tetap memikirkan dirimu di dalam hati.

ketahui lah,
namamu bertakhta di hati.

akan ku cuba merubah diri,
tetapi perubahan,
tidak boleh terjadi dengan pejam celik sekali.

simpan la di dalam hati.
engkau tetap permaisuri
kerajaan kehidupan ku ini.

No comments:

Post a Comment